Tunda PRU13 Bukti Sokongan Terhadap BN Merudum

Rasa macam nak mengadap esok, rasa nak bubar minggu depan…bla bla bla…desas-desus Isnin berikutnya bubar, rupanya belia tak sampai sejuta tertipu dengan drama Pok Jib.

Setiap perkara terjadi bukan kerana kebetulan. Sejarah telah lama mengajar manusia, tetapi tidak ramai manusia yang mengambil pengajaran dari sejarah. Begitulah rupanya senario politik di negara ini. Menangguhkan sesuatu bermakna belum yakin akan mencapai kemenangan.

Tidak boleh dinafikan Bersih 3.0 juga adalah faktor penyumbang. Bersih 3.0 yang menangguhkan pilihanraya. Tak percaya cakap saya? Mari berhujah. Selain Pok Jib buat tidak tau pasal Bersih, rupanya Pok Jib kesah dan gusar pasal Bersih. Himpunan ratusan ribu rakyat dari seluruh negara pada 28 April 2012 membisikkan ke telinga Pok Jib bahawa “jangan adakan pilihanraya dalam masa terdekat jika tidak boleh menerima kekalahan”.

Bisikan yang tembus ke telinga Pok Jib akhirnya membuatkan Pok Jib tersentak. Angan-angan untuk mencipta kemenangan majoriti dua pertiga rupanya masih jauh dari jangkauan. Pok Jib meninggalkan persoalan tarikh pilihanraya ke benak rakyat. Pok Jib masih belum berani menentukan tarikh yang maha afdal untuk mencari kemenangan. Masih ada banyak lagi isu yang perlu dinafikan. Masih ada banyak lagi maklumat yang perlu dirahsiakan. Masih banyak lagi wang perlu ditabur. Masih banyak lagi gula-gula yang perlu ditabur. Masih banyak lagi isu untuk memenangkan jiwa peneroka. Rupanya wang RM500 masih tak cukup untuk mengkayakan dan memenangi hati rakyat. Pok Jib mula bertimbang-rasa untuk beri wang RM500 pusingan kedua. Segala pelaburan yang dilakukan selama ini masih belum cukup. Tapi mana pula aku nak cari duit RM500 untuk pusingan kedua ini? Sudah berbilion wang negara aku berikan. Apakah jenis manusia yang tidak bertimbang-tara. Aku susah payah fikir nak cari duit. Ketahuilah duit bukan datang melayang. Nak dapatkan wang perlukan masa dan tenaga. Maka Pok Jib kini masih tertunggu-tunggu. Masa diperjudikan sebelum akhirnya, mau tidak mau PRU13 tetap kena berjalan. Ini negara demokrasi. Ini bukan negara kukubesi. Negara demokrasi kena ada pilihanraya.

Kalau tak nak buat pilihanraya, Najib kena jawab dengan Obama. Kerana Obama adalah simbol demokrasi dunia. Menentang demokrasi bererti menentang Obama. Lihatlah apa terjadi kepada orang yang menentang George Bush. Kemudian lawan pula George W. Bush. Kini siapa berani lawan Obama. Osama Laden terkorban kerana Obama. Muammar Gadafi, Saddam Hussein, semuanya sudah jadi tanah.

Rakyat mahu PRU segera. Pok Jib tak mahu. Pakatan Pembangkang mahu PRU segera. Shafie Apdal kata maha afdal kalau kita tangguhkan. Banyak kerja kena buat. Banyak bohong kena buat. Apa nak buat, kalau nak menang semua boleh. Tipu, bohong, sapu, sebat, kebas semuanya perlu. Kalau tidak mana nak lari. Dunia ni kecil. Habis jauh ke Fiji Island. Di sana pun ada orang kampung aku. Dulu sama-sama main galah panjang.

Melambatkan PRU bermakna mengecewakan rakyat. Pok Jib sudah mengguris hati rakyat yang tidak sabar beratur untuk mengundi. Rakyat sudah tidak sabar untuk menunjukkan kuasa. Siapa kata rakyat tiada kuasa? KUasa itulah yang menjadi igauan Pok Jib ketika ini. Pok Jib takut kepada kuasa rakyat yang hanya memegang sebatang pensel. Itulah kuasa yang ada pada rakyat. Satu-satunya kuasa yang tidak menggunakan senjata. Malah tidak mampu membunuh sesiapa. Tetapi ada orang takut.

Sebab sokongan makin lemah. Sokongan makin longlai. Ramainya rakyat yang sudah gila kuasa. Kuasa mengundi. Tanda sokongan makin tipis. Tanda sokongan makin merudum

Betul Ke janji Dikota?

ISA adalah bukti Najib penipu dan menipu rakyat lagi. Bulan Mac 2012 adalah bulan terakhir ISA tapi hingga kini belum ada angin atau bayang nak memansuhkan ISA. Ertinya, Najib seorang Perdana Menteri yang PENIPU!

Ceramah Isu Semasa

Ceramah Isu Semasa

Datang jangan tak datang….! Datang jangan tak datang….! Datang jangan tak datang….!

RTC: Nasib Peniaga Tidak Menentu

Perasmiannya menelan belanja puluhan ribu ringgit. Suasana sungguh meriah pada hari itu seolah-olah di situlah sekalian rakyat dari serata pelusuk negeri berkumpul seperti merebut harta karun. Seolah-olah tiada lagi tempat lain di negeri ini dihuni oleh manusia selain dari mereka seluruhnya telah awal-awal lagi sampai untuk merebut tempat duduk kelas pertama di RTC Gopeng. Ribuan rakyat dijemput (sebenarnya diangkut) datang mendengar amanat pemimpin tertinggi semasa merasmikan kompleks ‘baru’ ini. Hakikatnya ia bukan baru. Ia bangunan ‘recon’ kerana konsep asalnya telah berubah. Pada mulanya, ia dijadikan sebagai terminal makanan negara (TEMAN). Kos merancang dan membina pusat ini menelan belanja sebanyak RM110 juta. Kemudian ia bertukar kepada pasar borong dengan nama Terminal Agribisnes Negara, tempat di mana pengusaha-pengusaha pertanian, penternak dan nelayan melonggokkan hasil mereka dan pemborong membuat jualan terus kepada pelanggan tanpa melalui peruncit. Dengan ini, peniaga di sini dapat menjual produk pertanian, hasil ternakan serta hasil laut dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran. Itu mengikut perancangan asal.

Lama-kelamaan, peniaga di sini tidak memperoleh keuntungan. Jumlah pelanggan tidak pula bertambah sebaliknya semakin hari semakin berkurangan. Sewa premis RM500 sebulan oleh FAMA tidak mampu ditampung oleh keuntungan hasil jualan mereka. Malah mereka terpaksa menanggung kerugian. Barangan jualan tidak habis terjual malah terpaksa disimpan menggunakan kaedah tertentu untuk memastikan ia sentiasa segar. Kos operasi semakin meningkat. Janji FAMA untuk membantu memasarkan barangan mereka tidak dikotakan.

Ramai yang berniaga sekali-sekala kerana tidak lagi yakin dengan lokasi di sini . Ada hari mereka buka, dan hari yang lain mereka tutup kedai. Akhirnya satu demi satu peniaga cabut lari. Mereka tak sanggup lagi menanggung kerugian. Ada peniaga yang terpaksa keluar memasarkan sendiri hasil mereka ke tempat-tempat lain seperti ke restoran-restoran dengan menawarkan harga yang jauh lebih murah. “Kalau tunggu di sini saja, barang susah nak dijual kerana pelanggan sangat kurang,” kata seorang peniaga di sini yang tidak mahu mendedahkan identitinya. Premis yang disewa di sini hanya menjadi ‘pusat pengumpulan’ sebelum dipasarkan keluar dari TEMAN.

Kini dari TEMAN, ia telah bertukar pula menjadi Pusat Transformasi Luarbandar (RTC – Rural Transformation Centre). Ia suatu istilah yang mengelirukan orang-orang kampung dan membuatkan murid darjah tiga semakin pening. Ia juga membuatkan saya sakit kepala – tidak jelas apa sebenarnya RTC. Saya tidak pasti apakah transformasi sebenar yang berlaku di sini. Adakah kompleks ini berubah dari empat segi menjadi bulat bujur mengikut apa yang saya fahami dari filem Transformers atau ia hanya semata-mata Noh Omar membodek PM yang suka mengulang-ulang perkataan ‘TRANSFORMASI’ bagi menyaingi populariti agenda ‘REFORMASI’ yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim. Yang pasti, ia telah di’transform’ dari terminal makanan negara kepada kompleks berhantu (abandoned) dan ia telah dirasmikan oleh Najib atas prinsip bodek Noh Omar.

Menurut objektif RTC mengikut kamus Noh Omar, ia bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat luar bandar di bawah satu bumbung, sekaligus menjadi nadi penggerak kepada aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan sekitarnya…(ermmm, lagi mengelirukan!). Ini termasuk memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada rakyat luar bandar yang membabitkan penyertaan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi seperti Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Manusia… (ermmm tak banyak beza dengan Terminal Agribisnes! Tak perlu tukar nama lagi!)

WPWP cuma nak bertanya semua jabatan dan agensi yang ada di Ipoh tu untuk apa? Bukankah semua di atas terdapat di bandaraya Ipoh, yang lokasinya hanya beberapa kilometer saja dari RTC. Jikalau benar ianya untuk kemudahan rakyat ‘luar bandar’, kenapa tidak di kawasan-kawasan yang jauh dari bandaraya seperti Teluk Intan, daerah Kerian, Pengkalan Hulu atau Manjung kerana di sinilah terdapat banyak aktiviti pertanian, penternakan dan perikanan (3P)! Sekurang-kurangnya ia dapat membantu sebilangan besar rakyat yang bergantung hidup dengan 3P ini mempertingkatkan ekonomi mereka.

Ini semua sebenarnya adalah penipuan demi penipuan (cover-up) yang dilakukan bagi menyelamatkan diri dari mendapat malu dan menerima beban kesalahan dari kegagalan projek mega yang telah dijalankan tetapi tidak mendatangkan faedah dan keuntungan kepada rakyat. Kegagalan disebabkan kajian secara menyeluruh tidak dijalankan. RM110 juta dibelanjakan, akhirnya menjadi projek gajah putih. Perubahan demi perubahan dilakukan demi ‘menyelamatkan’ atau memberi nyawa kepada tempat ini tetapi ia tetap lesu dan tak bermaya. Bayangkan dari TEMAN kepada Terminal Agribisnes akhirnya disebut sebagai RTC!

RTC Gopeng tidak langsung menjadi nadi penggerak kepada aktiviti ekonomi dan sosial seperti yang dirancangkan. Ia sebenarnya telah membantu melingkupkan peniaga-peniaga yang pada mulanya dijanjikan dengan pelbagai faedah menarik sebelum didesak untuk mengambil bahagian dalam ‘aktiviti ekonomi’ di sini.  Anda lihatlah sendiri gambar-2 yang menunjukkan bagaimana lesunya RTC, jumlah kedai yang beroperasi boleh dibilang dengan jari!

Terbaru, peniaga-peniaga di sini telah diarah berpindah dari premis berdinding konkrit ke khemah-khemah kanvas yang didirikan di pekarangan kompleks. Sekali lihat, ia tidak ubah seperti khemah para jemaah haji di padang Arafah kerana semuanya berwarna putih. Khabarnya, sebahagian besar kompleks di sini akan diambil-alih oleh syarikat besar Mydin. Apabila proses ubahsuai di sini siap kelak, peniaga yang masih mahu berniaga di sini terpaksa menyewa premis dari Mydin pula.

Dari cita-cita asal menjadi pusat perkembangan ekonomi rakyat, akhirnya rakyat terpaksa menerima hakikat bahawa ia bakal menjadi pusat komersial.

Akhirnya Nizar Tanya Pasal Website IDR

Seperti yang WPWP tuliskan dalam post terdahulu tentang website IDR yang masih ‘under construction’, akhirnya ADUN Pasir Panjang, Dato Seri Nizar Jamaluddin membangkitkan hal ini dalam Persidangan Dewan Negeri hari ini, “Tiap kali saya buka website, keluar gambar topi”, kata Nizar. Memang semasa artikel ini ditulis, laman itu masih lagi menggunakan gambar topi pekerja kontrak menunjukkan ia sedang dalam pembinaan.

Dari Blog Khalid Samad

Sudah lama saya tidak sempat mengemaskini blog saya ini. Ini adalah kerana terlalu sibuk dengan ceramah yang diadakan hampir setiap malam. Jemputan untuk berceramah semakin meningkat dan ini adalah disebabkan saya telah ‘dipopularkan’ oleh Hassan Ali. Malangnya, apabila sibuk berceramah, saya tidak berpeluang untuk menulis.

Hari ini, Alhamdulillah, ada sedikit ruang. Saya teringat peristiwa di Parlimen pada minggu lalu semasa Timbalan Menteri Luar Negara menimbulkan kembali isu kononnya sokongan DSAI terhadap Israel. Beliau membaca teks yang disediakan, termasuk dakwaan bahawa apabila DSAI mengutamakan keselamatan Israel, maka ini bererti menyokong dan redha dengan pembunuhan rakyat Palestine!

Sepertimana saya sebutkan dahulu, ini merupakan bukti betapa BN terdesak dalam usaha mencari isu untuk menyerang PR. Sehingga satu ayat, malahan sebahagian dari satu ayat yang datang dari kesulurahan rencana tersebut, dijaja dan ditonjolkan sebagai bukti bahawa DSAI pro-Israel. Bukan setakat pro-Israel, malahan sokong pembunuhan rakyat Palestine demi keselamatan Israel. Tuduhan tuduhan yang ekstrim seperti itu adalah apa yang dikatakan sebagai ‘over-kill’ atau keterlaluan dan ianya akan memukul BN kembali, insyaAllah. Ini adalah kerana rakyat akan mula sedar bahawa BN menipu dan memfitnah tanpa rasa bersalah.

Keadaan terdesak BN mencari isu untuk menyerang PR adalah hasil dari prestasi pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PR yang begitu menyerlah dari segi ketelusan dan bebas rasuah. Benar, kita tidak menganggap pentadbiran dan pengurusan kerajaan di bawah PR semuanya betul tanpa adanya kelemahan atau kekurangan. Namun ianya bebas dari rasuah dan penyelewengan!

BN ingin menyebut bahawa Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan korup dan penuh penyelewengan tetapi setiap usaha untuk membongkar penyelewengan telah gagal untuk menghasilkan bukti adanya penyelewengan tersebut. Sebaliknya, pada masa yang sama, terbongkar satu persatu penyelewengan dan korupsi di pihak UMNO/BN seperti NFC dan pelupusan hutang Tajuddin Ramli. Dua kes ini sahaja telah mencecah hampir RM 900 juta wang rakyat yang terbuang hasil penyelewengan dan pilih kasih BN.

Saya boleh rumuskan dengan mudah bahawa sekiranya isu DSAI dan Israel adalah peluru terakhir BN dalam menghadapi PRU ke 13, maka PR akan berhadapan dengan laluan mudah dalam PRU ini dalam soal menjawab serangan BN. Oleh itu usaha penipuan di peringkat daftar pemilih sudah pasti akan menjadi usaha tumpuan BN. Dan ini jugalah apa yang ingin dibahaskan oleh Ahli Parlimen PR pada pagi 29 Mac 2012. Malangnya Menteri Dalam JPM, iaitu YB Nazri menjawab dengan mudah bahawa SPR menafikan segala dakwaan adanya penyelewengan dan menerima jawapan dari SPR sebagai muktamad. Apabila terus diasak, maka disebut bahawa beliau akan mengaturkan pertemuan di antara SPR dan Ahli Parlimen PR dengan kehadiran bersama dirinya.

Pada dasarnya saya melihat JPN dan SPR sebagai talian hayat utama BN dalam PRU ke-13 akan datang. Dari segi isu, BN kalah. Dari segi prestasi, BN jauh ketinggalan. Yang tinggal hanya JPN dan SPR, dua badan yang mampu mengubahkan kekalahan kepada kemenangan bagi pihak BN. Jawatankuasa Pilihan Parlimen (JPP) berhubung SPR dan PRU ke-13 akan membentangkan laporannya minggu ini. Desas-desus yang kedengaran kurang meyakinkan tetapi kita akan tunggu dan dengar apa yang akan dibentangkan nanti.

Adakah benar bahawa BN akan sanggup menerima penolakan rakyat terhadap kepimpinan mereka dan membenarkan rakyat menukar kerajaan BN dengan kerajaan PR di peringkat Pusat? Kita tunggu jawapannya apabila laporan JPP dibentangkan nanti.

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Peguam dapat akses pada kertas mahkamah Perancis

Oleh Susan Loone | 1:01PM Mac 31, 2012

Saman sivil NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia mula menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Pada Khamis, peguam Suaram di Perancis memberitahu NGO itu, mereka sudah mendapat akses kepada kertas mahkamah berkaitan kes melibatkan pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM77.3 bilion. Pengarah Suaram Cynthia Gabriel berkata, barisan peguam mereka kini boleh mengkaji dokumen dan menasihat tindakan selanjutnya.

“Kami bagaimanapun tidak dapat mempamerkan dokumen itu. Kami hanya boleh akses, mengkaji dan membuat rujukan terhadapnya, tetapi tidak boleh diumumkan menurut undang-undang Perancis,” katanya kepada Malaysiakini.

“Ini memang cabaran besar kepada tetapi kami berbesar hati kerana kes itu bergerak ke arah yang betul dan memberi momentum,” tambahnya.

Dua kapal selam itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertugas sebagai menteri pertahanan. Perimekar, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda – orang kepercayaan Najib – dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai ‘orang tengah’ dalam urus niaga penuh kontroversi itu. Kerajaan bagaimanapun berkata, pembayaran besar kepada Perimekar untuk perkhidmatan “koordinasi dan sokongan’.
Abdul Razak dan dua pengawal peribadi Najib didakwa membunuh Altantuya Sharibuu pada tahun 2006, tetapi selepas dibicarakan beliau kemudiannya dibebaskan, manakala dua yang lain didapati bersalah dan dihukum mati.

Source: http://www.malaysiakini.com/news/193708